Syair
|
Maksud
|
Kisah nan tidak hamba panjangkan,
Ceritanya banyak lagi disebutkan,
Ini sekadar sahaya ringkaskan,
Kisah berperang pula diceterakan.
|
Permulaan kisah perang iaitu kisah perang
saudara di Pahang.
|
Putera laki-lakiyang tuanya,
Ialah memangku paduka ayahandanya,
Perintah negeri terserah kepadanya,
Bendahara Tun Tahir kononnamanya.
|
Pemangku sultan merupakan putera sulung yang
memerintah negeri yang bernama Bendahara Tun Tahir.
|
Encik Engku Ahmad seorang anakanda,
Putera yang tengah raja berida,
Lima orang laki-laki padukan anakanda,
Sikapnya elok lakunya syahda.
|
Putera yang tengah ialah Encik Engku Ahmad.
Terdapat lima orang lagi putera lelaki sultan yang mempunyai perilaku yang
baik.
|
Selang tiada berapa lama,
Encik Engku Ahmad keluar mengembara,
Pergi belayar ke Singapura,
Sambil menghibur hati yang lara.
|
Encik Engku Ahmad keluar mengembara ke
Singapura sambil menghiburkan hatinya yang lara.
|
Pelayaran tiada berapa lamanya,
Sampailah sudah konon dianya,
Di Kampung Gelam tempat berhentinya,
Di dalam kota tempat berhentinya.
|
Tidak lama belayar, Encik Engku Ahmad sampai
di Kampung Gelam dan singgah di tempat tersebut.
|
Duduk bersama putera Sultan,
Tengku Jafar namanya tuan,
Itulah konon menjadi taulan,
Duduk di sana terlalu hairan.
|
Encik Engku Ahmad tinggal bersama Tengku
Jaafar yang menjadi sahabat baginda. Baginda berdua tinggal di sana tanpa
sebarang kawalan.
|
Serta beriringan teman dan kawan,
Ramai menghantar handai dan taulan,
Seketika sampai di dalam kenaikan,
Lalu kembali mereka sekalian.
|
Encik Engku Ahmad diiringi teman-teman dan
kawan-kawan untuk kembali ke negerinya.
|
Sauh pun dibongkar dengan segera,
Belayarlah sudah muda perwira,
Ke sebelah barat mencari kira,
Pergi Kemaman kononnya cetera.
|
Mereka mula belayar ke sebelah barat iaitu
ke Kemaman.
|
Kata orang empunya madah,
Ke dalam Kemaman sampailah sudah,
Di situlah berhenti muda yang indah,
Sultan Terengganu punya perintah.
|
Mereka sampai di Kemaman yang indah tempat
Sultan Terengganu memerintah.
|
Tiada berapa lama antara,
Sampai di Kemaman lalu terkira,
Dapatlah pakatan dengan segera,
Hendak melanggar Pahang segera.
|
Mereka membuat perancangan untuk menyerang
negeri Pahang.
|
Tema
Berkisarkan
perancangan perang saudara yang bakal berlaku di Pahang.
Persoalan
· Peperangan tidak membawa
sebarang keuntungan tetapi membawa kebinasaan.
· Hubungan dan kerjasama
untuk menjalankan suatu tindakan.
· Golongan bangsawan yang
mengamalkan hidup bebas tanpa kawalan.
Bentuk
· Syair ini mengandungi
sepuluh rangkap.
· Setiap rangkap
mengandungi empat baris.
· Jumlah perkataan ialah
empat hingga enam perkataan sebaris, jumlah suku kata pula sembilan hingga
sembilan dalam satu baris.
· Rima akhir tetap
iaitu ’a,a,a,a’.
Gaya
Bahasa
|
Contoh
|
Kata Ganda
|
Putera laki-laki yang tuanya,(R2,B1)
|
Unsur
Bunyi
|
Contoh
|
Asonansi
|
Kisah nan tidak
hamba panjangkan,(R1,B1)
|
Aliterasi
|
Ini sekadar sahaya ringkaskan, (R1,B4)
|
Nilai
· 1. Setia kawan
Tengku Jaafar
yang menjadi sahabat Encik Engku Ahmad bersama-sama melakukan aktiviti dengan
baginda.
· 2.Keberanian
Keberanian
Encik Engku Ahmad membentuk pakatan untuk menyerang Pahang.
· 3. Kesetiaan
Setia
mendengar perintah Sultan Terengganu berhenti di Kemaman untuk mengumpul pakatan menyerang Pahang.
Pengajaran
· Kita perlulah mempunyai
keperibadian yang tinggi agar kita disukai rakan dan teman.
· Kita haruslah merantau
untuk mencari pengalaman hidup.
· Kita mestilah pandai
membawa diri dan tidak menunjuk lagak semasa berada di perantauan.
No comments:
Post a Comment