Friday, May 15, 2015

Kian Kita Lupa T1

Rangkap 1

Manusia semakin melupakan asal usulnya dan kesusahan bangsanya sendiri apabila hidup dalam kemewahan. 

Rangkap 2

Manusia semakin lupa akan menderitaan dan kesusahan generasi terdahulu apabila perasaan sombong dan bangga memenuhi dada pada zaman moden ini. 

Rangkap 3

Manusia sentiasa lupa akan keseksaan hukuman yang bakal diterima di negara apabila lalai menyalahgunakan pemberian Tuhan dalam alam fana ini. 

Rangkap 4

Manusia hanya akan beringat-ingat apabila sudah menyesal atau sudah terlanjur kata mahupun keterlaluan dari segi sikap. Pada waktu itu, kegembiraan sudah menjadi kesedihan dan kebahagiaan sudah menjadi penderitaan. 

Tema 
Sikap lupa diri dalam kalangan manusia pada waktu senang sehingga makan diri pada waktu terlewat nanti. 

Persoalan 
1. Kekayaan yang mengabui mata manusia 
2. Kebanggaan diri sehingga melupakan jasa generasi terdahulu 
3. Nikmat hidup dilalui sehingga melupakan keseksaan hukuman di neraka 
4. Penyesalan yang terlewat 
5. Kekesalan hidup akibat perbuatan diri 
6. Kesalahan tutur kata da sikap yang menyusahkan diri 

Gaya Bahasa 
1. Inversi
     cth: Kian kita lupa sepatutnya ditulis “Kita kian lupa” 

2. Sinkof 
     cth: kita hanya tak lupa 

3. Pengulangan kata 
     cth: Kian kita lupa (diulang pada rangkap 1 hingga rangkap 3) 

4. Paradoks  
     cth: bahagia bertukar derita 
              gembira menjadi duka. 
              bahagia dan gembira ialah unsur positif 
               derita dan duka ialah unsur negatif 

5. Simbol
     cth: pada azab dan seksa di sana 
             di sana bermaksud di neraka atau alam selepas kematian 

6. Penggunaan bahasa Arab 
     cth: Azab, kurnia 

7. Asonansi
     cth: bila Tuhan melimpahkan kurnia 
             dalam baris sajak di atas, vokal “a” diulang sebanyak 5 kali 

8. Aliterasi 
     cth: pada derita moyang dahulu kala 
              dalam baris sajak di atas, konsonan “d” diulang sebanyak 3 kali 

Nilai Murni 

1. Mengenang jasa 
    cth: Manusia semakin lupa bangsa sendiri apabila dirinya kaya harta benda 

2. Menghargai budi 
     cth: Manusia diminta menghargai budi generasi terdahulu daripada hanya berperasaan bangga diri 

3. Patuh akan ajaran agama 
     cth: Manusia diingatkan supaya menjada kelakuan diri daripada terlanjur dan menyesal. 

4. Hemah tinggi 
     cth: Pengarang meminta manusia menjada maruah diri supaya tidak menjadi lupa daratan. 

5. Kesederhanaan 
     cth: Pengarang menasihati manusia supaya hidup dalam kesederhanaan walaupun kaya kerana merendah diri               adalah lebih baik daripada bangga diri. 

6. Keinsafan 
     cth: Penyajak meminta manusia insaf akan kesalahan sebelum terlewat supaya tidak mengalami kesediha dan               penderitaan. 

Pengajaran 

1. Kita mestilah mengingati kaum keluarga dan bangsa serta asal usul. 
2. Kita haruslah mengenang jasa generasi terdahulu kerana tanpa mereka siapalah kita. 
3. Kita wajarlah mengingati setiap ajaran agama supaya tidak merasai bahang api neraka. 
4. Kita patutlah menjaga tingkah laku kita supaya maruah diri terpelihara. 
5. Kita mestilah insaf akan kesalahan sebelum terlambat. 
6. Janganlah kita bangga akan kemewahan diri sehingga bersikap lupa diri. 
7. Janganlah kita menyalahgunakan nikmat yang diberikan-Nya. 
8. Janganlah kita lupa bahawa masa yang berlalu tidak akan kembali lagi.

No comments:

Post a Comment