Friday, May 15, 2015

Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat) T1


Rangkap
Maksud
1
Berbelanja secara berhemah seolah-olah mendapat rezeki yang melimpah-ruah.
2
Berjimat cermat merupakan amalan yang tepuji manakala membazir pula merupakan perbuatan yang keji.
3
Orang yang berjimat cermat pasti akan hidup senang.
4
Orang yang boros akan menanggung hutang yang banyak.
5
Berjimat cermat merupakan tuntutan agama.Oleh itu, orang yang berjimat cermat pasti akan hidup bahagia.
6
Memiliki harta yang sedikit tetapi berjimat cermat adalah lebih baik daripada memiliki harta banyak tetapi boros.
7
Orang yang membuat perancangan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan pastu tidak akan menanggung kerugian.

Tema 

Faedah berjimat cermat

Persoalan

a) Syaitan sentiasa menggoda manusia supaya membuat             
    pembaziran
b) Orang yang berjimat cermat akan hidup senang pada kemudian 
    hari.
c) Orang yang hidup sederhana tetapi berjimat cermat adalah lebih 
    baik daripada orang yang kaya tetapi boros.

Nilai

a) Rasional – mampu berfikir untuk membezakan perkara yang baik                        dengan perkara yang buruk seperti berbelanja                                  secara berhemah.
b) Kebersihan mental – fikiran yang sihat dan membina.
c) Kesederhanaan– tidak keterlaluan ketika membeli belah.

Pengajaran

a) Kita hendaklah berjimat cermat kerana perbuatan membazir itu        dilarang oleh Tuhan.
b) Kita tidak boleh bersikap boros untuk mengelakkan kita daripada      menanggung hutang
c) Setiap perkara yang hendak dilakukan mestilah dirancang               terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment