Syair
|
Maksud
|
Dengarkan tuan ayahanda berperi,
Kepada anakanda muda bestari,
Nasihat kebajika ayahanda beri,
Amalkan jangan malas dan ngeri.
|
Nasihat
yang diberi oleh ayah perlu dituruti dan janganlah mengamalkan sikap malas.
|
Ayuhai anakanda muda remaja,
Jika anakanda menjadi raja,
Hati yang betul hendak disahaja,
Serta rajinpada bekerja.
|
Seseorang
yang dilantik menjadi pemimpin mestilah memiliki hati yang mulia dan komited
terhadap tugas yang diamanahkan.
|
Kerja kebajikan janganlah malas,
Zahir dan batin janganlah culas,
Jernihkan hati hendaklah ikhlas,
Seperti air di dalam gelas
|
Kerja
kebajikan yang dilakukan perlulah ikhlas dan jangan mengharapkan kepada
pembalasan.
|
Menuntut ilmu janganlah segan,
Ilmuyang benar jangan yang bukan,
Iaitu ilmu yang kebajikan,
Di kitab ini sudah disebutkan.
|
Ilmu
perlu rajin dituntut. Jangan pula kita menuntut ajaran sesat atau ajaran
salah.
|
Hendaklah anakanda mengaji selalu,
Dari yang lain lebihkan dulu,
Had syarak jangan dilalu,
Tidaklah anakanda beroleh malu.
|
Ilmu
perlu diutamakan terutamanya hukum-hukum syarak demi mengelakkan aib.
|
Segala perbuatan dengan berilmu,
Maka kebajikan boleh bertemu,
Jika sebarang-barang diramu,
Akhirnya anakanda jatuh tersemu.
|
Tindakan
perlu didasarkan kepada pengetahuan supaya membawa kepada kebaikan dan
kebajikan untuk mengelakkan kejatuhan.
|
Ilmu itu besar faedahnya,
Membezakan hak dengan batilnya,
Mengetahui rakyat benar salahnya,
Supaya dihukum dengan adilnya.
|
Ilmu
yang baik akan menjurus kepada keadilan dan kebenaran. Hal ini akan dapat
membezakan antara perkara yang benar dan yang salah.
|
Jika ilmu tidak diendah,
Sebab anakanda capak permudah,
Takyat datang membawa gundah,
Anakanda tercengang tunduk terngadah.
|
Jika
ilmu tidak dituntut atau diambil mudah akan menjerumuskan seseorang atau
negara ke lembah kehancuran
|
Tema
Nasihat
kepada pemimpin agar memimpin negara dengan jujur dan ikhlas.
Persoalan
· Kepentingan ilmu dalam
menjalankan tampuk pemerintahan.
· Keperibadian yang tinggi yang
perlu dimiliki oleh seorang pemimpin.
· Ajaran betul dan ajaran
songsang yang telah diwartakan.
· Hukum syarak yang perlu diikuti
untuk mengelakkan aib kepada diri.
Bentuk
· Pantun ini terdiri daripada
lapan rangkap.
· Setiap rangkap mengandungi
empat baris.
· Jumlah perkataan empat hingga
enam perkataan sebaris, jumlah suku kata pula sembilan hingga sebelas suku kata
dalam satu baris
· Rima akhir tetap iaitu
’a,a,a,a’.
Gaya
Bahasa
|
Contoh
|
Inversi
|
Menuntut ilmu janganlah
segan, (R4,B1)
|
Simile
|
Seperti air di dalam gelas. (R3,B4)
|
Kata
Ganda
|
Jika sebarang-barang diramu, (R6,B3)
|
Unsur
Bunyi
|
Contoh
|
Asonansi
|
Jika anakanda menjadi raja, (R2,B2)
|
Aliterasi
|
Amalkan jangan malas dan ngeri.(R1,B4)
|
Nilai
· Mendengar nasihat: Mendengar
nasihat orang yang berpengalaman untuk kesejahteraan masa hadapan.
· Kerajinan: Rajin menuntut ilmu
dan menjalankan tugas yang diberikan.
· Keadillan: Seorang pemimpin
perlulah adil dalam melaksanakan tanggungjawabnya.
· Keikhlasan: Kerja kebajikan
perlu dilakukan dengan hati yang penuh ikhlas.
Pengajaran
· Kita mestilah mendengar
nasihat ayah, agar kehidupan kita diberkati.
· Kita perlulah menyiasat
sesuatu perkara sebelum menjatuhkan hukuman.
· Kita hendaklah sentiasa
berbuat baik dan kebajikan, serta ikhlas dalam sebarang tindakan.
· Kita haruslah menuntut
ilmu agar dapat membezakan antara yang buruk dan yang baik.
No comments:
Post a Comment