Friday, May 15, 2015

Pantun Empat Kerat (Agama) T1

Rangkap 1

Sekiranya kita tidak mengerjakan suruhan Tuhan di dunia, di akhirat nanti kita tidak akan mendapat ganjarannya
.
Rangkap 2

Dunia bukanlah tempat yang kekal bagi semua makhluk, akhirat jualah tempat yang abadi.

Rangkap 3

Orang alim juga tidak lepas dari berbuat dosa, apatah lagi kita orang biasa. Sudah tentu banyak berbuat dosa.

Rangkap 4

Kita akan menyesal pada kemudian hari jika tidak mengerjakan ibadah sembahyang.

Rangkap 5

Pakaian tidak melambangkan darjah kealiman seseorang tetapi melalui amalannya.

Rangkap 6

Kita hendaklah sentiasa mengikuti ajaran atau perintah Allah bukanlah mengikut kehendak hati sendiri.

Tema

Amalan agama menjamin kehidupan di kemudian hari.

Persoalan

1. Persoalan taat akan hukum agama akan menjamin kehidupan bahagia di akhirat nanti.
2. Persoalan kejahilan manusia yang tidak tahu akan hukum-hakam agama.
3. Persolana penampilan fizikal tidak melambangkan keperibadian dan tahap keimanan seseorang.

Bentuk

1. Pantun ini terdiri daripada terdiri daripada enam rangkap.
2. Setiap rangkap mengandungi empat baris.
3. Jumlah baris terdiri antara tiga hingga empat patah perkataan.
    -Contoh, tiga patah perkataan sebaris:
                   Kemuning daunnya lampai
     -Contoh, enam patah perkataan:
                    Di atas dunia kau tak sampai
4. Rima akhirnya ’ab ab’.

Gaya Bahasa

Aliterasi

Teritip di tepi kota
Pengulangan bunyi konsonan ’t’

Asonansi

Teringat badan tidak sembahyang
Pengulangan bunyi vokal ’a’

Kata ganda

Dunia ini pinjam-pinjaman

Sinkope

Di atas dunia kau tak nampak

Nilai Murni

1. Nilai keinsafan.
    cth: Dunia ini pinjam-pinjaman,
           Akhirat juga akan sungguhnya.
2. Nilai kesederhanaan.
    cth: Serban bukan semuanya haji,
           Haji terletak pada amalan.

Pengajaran

1. Kita hendaklah tidak terlalu menurut kata hati.
2. Kita hendaklah tidak menilai seseorang itu dari luaran sahaja.
3. Kita hendaklah beringat bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara sahaja.
4. Kita hendaklah mengerjakan solat supaya tidak menyesal pada kemudian hari.
5. Kita hendaklah memelihara amalan hidup di dunia.

No comments:

Post a Comment