Friday, May 15, 2015

Syair Mendapat Gemala Naga T2

Rangkap 1

Dewa bercerita tentang mereka yang dikhianati oleh saudara mereka lalu dipenjarakan selama setahun.

Rangkap 2

Setelah habis dewa dua beradik bercerita, naga berasa kasihan mendengar cerita tersebut lalu memberikan batu geliga saktinya kepada mereka.

Rangkap 3

Naga menerangkan kepada dewa dua beradik, batu geliga sakti ini sangat bernilai kerana mampu menunaikan sebarang hajat hati dan tujuan empunya diri.

Rangkap 4

Batu geliga sakti itu dapat merawat sebarang penyakit dan memberi ketenangan jiwa dengan Tuhan yang Esa.

Rangkap 5

Jika hendak berperang, batu geliga sakti boleh menyediakan tentera beserta dengan hulubalangnya.

Rangkap 6

Setelah mendengar kata-kata naga itu, dewa dua beradik berasa sangat gembira lalu memohon diri untuk beredar dari situ dan meneruskan perjalanan mereka.

Rangkap 7

Kedua-dua bersaudara itu menyusuri pantai tanpa mengira siang dan malam untuk menuju ke sebuah negeri bernama Inderanegara.

Rangkap 8

Apabila tiba pagi hari, dewa dua bersaudara akhirnya tiba ke hujung negeri dan bertemu rumah nenek kebayan.

Tema



Pengembaraan dua bersaudara untuk mendapatkan Gemala Naga (Batu Geliga Sakti Naga).

Persoalan

1. Persoalan setia kawan iaitu dewa dua bersaudara saling membantu untuk menghadapi dugaan.
2. Persoalan prihatin terhadap permasalahan orang lain seperti naga yang prihatin dengan permasalahan dewa dua bersaudara lalu menghadiahi mereka dengan gemala sakti.

Bentuk
1. Syair ini mengandungi lapan rangkap, setiap rangkap mengandungi empat baris.
2. Syair ini mengandungi antara tiga hingga lima patah perkataan sebaris.
3. Jumlah suku kata sembilan hingga tiga belas suku kata sebaris.
4. Rima akhir semuanya ’aa aa’.

Gaya Bahasa

Aliterasi

Menuju jalan tanah yang rata. (Rangkap 6, baris 4)
Pengulangan bunyi kosonan ’n’

Asosanasi

Rumah kebayan orang yang bahari , (Rangkap 8, baris 4)
Pengulangan bunyi vokal ‘a’

Inversi

Setahun sudah di dalam penjara (Rangkap 1, baris 4)

Sinkope

Dewa pun duduk ia bercerita (Rangkap 1, baris 1)

Nilai Murni

1. Nilai keberanian
Dewa berani mempersembahkan diri kepada naga yang pebuh sakti untuk mendapatkan gemala sakti.
2. Nilai kesetiaan
Dewa bersaudara setia bersama mengharungi kesusahan dalam pengembaraan mereka. (
3. Nilai kasih sayang
Naga berasa simpati dan belas terhadap dewa bersaudara yang telah dikhianati oleh 
saudara mereka.

Pengajaran

1. Kita hendaklah membantu orang yang ditimpa kesusahan.
2. Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada kita.
3. Kita hendaklah memohon kepada Allah agar kehidupan kita diberkati.

Perang Saudara di Pahang T2

Syair
Maksud
Kisah nan tidak hamba panjangkan,
Ceritanya banyak lagi disebutkan,
Ini sekadar sahaya ringkaskan,
Kisah berperang pula diceterakan.
Permulaan kisah perang iaitu kisah perang saudara di Pahang.
Putera laki-lakiyang tuanya,
Ialah memangku paduka ayahandanya,
Perintah negeri terserah kepadanya,
Bendahara Tun Tahir kononnamanya.
Pemangku sultan merupakan putera sulung yang memerintah negeri yang bernama Bendahara Tun Tahir.
Encik Engku Ahmad seorang anakanda,
Putera yang tengah raja berida,
Lima orang laki-laki padukan anakanda,
Sikapnya elok lakunya syahda.
Putera yang tengah ialah Encik Engku Ahmad. Terdapat lima orang lagi putera lelaki sultan yang mempunyai perilaku yang baik.
Selang tiada berapa lama,
Encik Engku Ahmad keluar mengembara,
Pergi belayar ke Singapura,
Sambil menghibur hati yang lara.
Encik Engku Ahmad keluar mengembara ke Singapura sambil menghiburkan hatinya yang lara.
Pelayaran tiada berapa lamanya,
Sampailah sudah konon dianya,
Di Kampung Gelam tempat berhentinya,
Di dalam kota tempat berhentinya.
Tidak lama belayar, Encik Engku Ahmad sampai di Kampung Gelam dan singgah di tempat tersebut.
Duduk bersama putera Sultan,
Tengku Jafar namanya tuan,
Itulah konon menjadi taulan,
Duduk di sana terlalu hairan.
Encik Engku Ahmad tinggal bersama Tengku Jaafar yang menjadi sahabat baginda. Baginda berdua tinggal di sana tanpa sebarang kawalan.
Serta beriringan teman dan kawan,
Ramai menghantar handai dan taulan,
Seketika sampai di dalam kenaikan,
Lalu kembali mereka sekalian.
Encik Engku Ahmad diiringi teman-teman dan kawan-kawan untuk kembali ke negerinya.
Sauh pun dibongkar dengan segera,
Belayarlah sudah muda perwira,
Ke sebelah barat mencari kira,
Pergi Kemaman kononnya cetera.
Mereka mula belayar ke sebelah barat iaitu ke Kemaman.
Kata orang empunya madah,
Ke dalam Kemaman sampailah sudah,
Di situlah berhenti muda yang indah,
Sultan Terengganu punya perintah.
Mereka sampai di Kemaman yang indah tempat Sultan Terengganu memerintah.
Tiada berapa lama antara,
Sampai di Kemaman lalu terkira,
Dapatlah pakatan dengan segera,
Hendak melanggar Pahang segera.

Mereka membuat perancangan untuk menyerang negeri Pahang.

Tema

Berkisarkan perancangan perang saudara yang bakal berlaku di Pahang.

Persoalan

·         Peperangan tidak membawa sebarang keuntungan tetapi membawa kebinasaan.
·         Hubungan dan kerjasama untuk menjalankan suatu tindakan.
·         Golongan bangsawan yang mengamalkan hidup bebas tanpa kawalan.

Bentuk

·         Syair ini mengandungi sepuluh rangkap.
·         Setiap rangkap mengandungi empat baris.
·         Jumlah perkataan ialah empat hingga enam perkataan sebaris, jumlah suku kata pula sembilan hingga sembilan dalam satu baris.
·         Rima akhir tetap  iaitu ’a,a,a,a’.


Gaya Bahasa
Contoh
Kata Ganda
Putera laki-laki yang tuanya,(R2,B1)

Unsur Bunyi
Contoh
Asonansi
Kisah nan tidak hamba panjangkan,(R1,B1)
Aliterasi
Ini sekadar sahaya ringkaskan, (R1,B4)

Nilai

·  1. Setia kawan
      Tengku Jaafar yang menjadi sahabat Encik Engku Ahmad bersama-sama melakukan  aktiviti dengan baginda.
·    2.Keberanian
      Keberanian Encik Engku Ahmad membentuk pakatan untuk menyerang Pahang.
·    3. Kesetiaan
      Setia mendengar perintah Sultan Terengganu berhenti di Kemaman untuk mengumpul    pakatan menyerang Pahang.

Pengajaran

·         Kita perlulah mempunyai keperibadian yang tinggi agar kita disukai rakan dan teman.
·         Kita haruslah merantau untuk mencari pengalaman hidup.
·         Kita mestilah pandai membawa diri dan tidak menunjuk lagak semasa berada di perantauan.


Pantun Muhibah dan Perpaduan (4 kerat) T2

Rangkap 1

Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada berbilang bangsa dan rakyatnya perlu mengamalkan cara hidup muhibah.

Rangkap 2

Walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya, namun kerana amalan
cara hidup muhibah, rakyat dapat hidup bersatu padu.

Rangkap 3

Dalam semua urusan, rakyat hidup bersatu padu dan bergotong-royong berkat hidup
bekerjasama.

Rangkap 4

Rakyat yang berbilang keturunan tidak akan menjadi halangan untuk rakyat Malaysia
membentuk menjadi bangsa yang bersatu padu.

Rangkap 5

Sebagai rakyat yang berbilang kaum, tentulah mempunyai berbilang budaya dan cara hidup.
Namun, kebudayaan dan cara hidup asal tidak akan dilupakan walaupun kebudayaan nasional
diamalkan.

Tema

Keharmonian dan perpaduan hidup masyarakat majmuk.

Persoalan

1. Persoalan amalan hidup muhibah perlu diamalkan oleh rakyat dalam negara berbilang kaum.
2. Persoalan amalan cara hidup muhibah dapat menyatu-padukan rakyat berlainan bangsa dan budaya.
3. Persoalan amalan bekerjasama dan bergotong royong dapat memudahkan segala urusan.
4. Persoalan kepelbagaian keturunan tidak menghalang pembinaan bangsa yang padu.
5. Persoalan kebudayaan nasional tidak melenyapkan kebudayaan sesuatu kaum.

Bentuk

1. Terdiri daripada lima rangkap.
2. Pantun ini berbentuk pantun empat kerat, iaitu dua baris awalan pembayang dan dua baris akhir maksud pantun.
3. Pantun ini mengandungi empat belas hingga lapan belas patah perkataan dalam satu rangkap
4. Suku kata terdiri daripada lapan hingga dua belas suku kata sebaris.
5. Rima akhir ‘ab, ab’.

Gaya Bahasa

Simile
Senyuman manis seperti madu; (Rangkap 4, baris 2)

Kata ganda

Tanda bersatu bergotong-royong (Rangkap 3, baris 4)

Hiperbola

Mengairi sawah beratus relong; (Rangkap 3, baris 2)

Asonansi
Di negara Malaysia berbilang bangsa (Rangkap 1, baris 4)
Pengulangan vokal a

Aliterasi

Bermacam keturunan bukan halangan (Rangkap 4, baris 3)
Pengulangan konsonan n

Nilai

1. Nilai bekerjasama.
   Masyarakat berbilang kaum hidup bekerjasama menjalankan amalan gotong-royong.

2. Nilai hormat-menghormati.
   Masyarakat yang berbilang kaum saling menghormati adat dan budaya masing-masing.

3. Nilai semangat bermasyarakat.
   Menjalankan amalan gotong-royong menunjukkan semangat hidup bermasyarakat.

4. Nilai Patriotisme.
   Masyarakat yang cinta akan tanah air dan sentiasa bangga dengan kebudayaan tempatan
.
Pengajaran

1. Kita hendaklah bertolak ansur dalam segala hal sebagai rakyat sebuah negara berbilang kaum.
2. Kita hendaklah hidup bersatu padu untuk mengekalkan keharmonian negara.
3. Kita hendaklah hidup berkerjasama dan bertoleransi dalam masyarakat yang berbilang kaum.